Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kek Lapis Lazat

Ramuan / Bahan

10 biji telur ayam saiz sederhana
16 oz. mentega
200 gm horlick
1 tin (375 gm)susu pekat manis(boleh dikurangkan kalau tidak mahu terlalu manis)
80 gm seri kaya
50 gm serbuk santan 300 gm coklat masakan(cairkan)
1 gelas gula halus.
½ gelas milo
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh vanilla
pewarna kuning dan browning secukupnya
(Gunakan gelas berkapasiti 250ml.Gunakan loyang 8" X8")







Cara-cara

Pukul mentega dgn. gula halus sehingga putih. kemudian, masukkan telur sebiji demi sebihi. Masukkan susu, sekaya, horlick, serbun santan, tepung dan vanilla perlahan-lahan sambil terus memukul adunan.Kuar adunan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Gunakan 3biji mangkuk yang sama saiz.
Masukkan pewarna kuning ke dalam 2 buah mangkuk.Masukkan milo, browning dan coklat yang sudah dicairkan ke dalam mangkuk ke 3.Bakar warna kuning berlapis2 sehingga 1 mangkuk.(untuk setiap lapis masukkan 5/6 sudu makan-untuk lapis pertama gunakan api atas dan bawah. Bakar selama 10 minit. untuk lapis kedua dan seterusnya gunakan api atas sahaja.)setelah habis 1 mangkuk warna kungin bakar pula warna coklat dengan cara yang sama sehingga habis. akhir sekali bakar lagi warna kuning mengikur prosedur yang sama.
Apabila lapisan pertama masak tekan dengan senduk rata supaya permukaan kek rata, barulah meletakkan lapisan yang kedua. Ulangi proses sehingga habis.