Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sup Wantan

Ramuan / Bahan

Satu paket kulit wantan
50 gm udang segar
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris) 1 kiub ayam maggi
Sayur brokoli @ sayur bersesuaian
Cili dihiris atau lada sulah

Cara-cara

Panaskan minyak dalam periuk dan goreng bawang dengan udang.Bila dah naik bau, masukkan air secukupnya untuk sup.

Tunggu sehingga air mendidih.Masukkan kiub maggi dan kulit wantan mengikut keperluan.Bila wantan dah lembik dan hampir masak, masukkan sayur dan lada sulah. Tunggu sekejap sehingga sayur masak.