Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sup Kari Ayam

Ramuan / Bahan

2 mangkuk besar air rebusan ayam, ditapis
50 gm isi ayam
30 gm kubis, dipotong-potong mengikut suka
1 batang lobak merah, dipotong dadu
50 gm cendawan hitam, direndam
2 biji kentang, dipotong dadu
30 gm suhun, direndam
1 sm lengkuas, dititik 2 batang serai, dititik
½ cawan santan
2 tangkai daun sup/daun bawang
Bawang goreng untuk ditabur
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
2 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sm halia - dikisar

Cara-cara

Panaskan air rebusan ayam. Masukkan bahan-bahan kisar, serai, lengkuas, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga mendidih. Masukkan kentang dan lobak merah. Biar hingga empuk.
Akhir sekali masukkan santan, kubis, cendawan hitam, suhun, isi ayam, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga rata dan masak lagi hingga mendidih. Ketika menghidang tabur bawang goreng.