Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sup Belut Zuaieda

Ramuan / Bahan

½ kg belut yang siap dipotong dan dibersihkan

2 sudu minyak masak

2 ulas bawang merah - dimayang

3 ulas bawang puteh - dimayang

1 biji bawang besar - dimayang

½ inci halia - dimayang

10 biji lada burung
sup bunjut

1 rumpun daun bawang

1 rumpun daun sadri

1 rumpun daun ketumbar

2 biji limau nipis

Cara-cara

panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak. goreng bawang merah hingga kekuningan, masukkan halia dan bawang puteh. kamudian masukkan 2 mangkuk air dan sup bunjut. bila air mendidih masukkan belut dan lada burung. Biarkan air mendidih sekali lagi. Masukkan garam dan ajinamoto sesedap rasa. sekiranya ingin pedas lagi taburkan 10 biji lada hitam.