Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Totok Jawa Johor

Ramuan / Bahan

Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi kampung
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

1 inci belacan
Minyak utk menggoreng
Garam & ajinomoto secukup rasa
Limau kasturi -ikut suka

Cara-cara

Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. Tumbuk kesemuanya.Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.