Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Hiris Abah (Jawa)

Ramuan / Bahan

1 labu bawang besar (dihiris)
4 tangkai lada besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
15-20 tangkai cili padi kampung (ditumbuk)
2 genggam ikan bilis
1 inci belacan (ditumbuk)
Air asam jawa
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

Mula-mula goreng bilis separuh garing. Buangkan minyak yg berlebihan.Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dihiris tadi bersama bahan yg ditumbuk. Tumis sehingga naik bau dan masukkan air asam jawa. Akhir sekali masukkan garam, gula & ajinomoto secukupnya. Sedia untuk dihidang.