Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Serunding Udang Kering

Ramuan / Bahan

Bahan-bahannya:

1.Segengam Udang Kering
2.4 sudu besar Cili boh
3.10 ulas bawang kecil (bawang merah) – dihiris halus
4.10 ulas bawang putih – dihiris halus
5.Garam dan serbuk perasa – secukup rasa

Cara-cara

Cara membuatnya:

1.Goreng udang kering, bawang merah dan bawang putih satu persatu sehingga garing. Angkat dan toskan lebihan minyak.
2.Tumiskan cili boh hingga garing.
3.Masukkan udang kering, bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng hingga garing tadi.
4.Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
5.Goreng sehingga minyak kering dan bolehlah dihidangkan.