Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Serondeng Muara

Ramuan / Bahan

1 biji kelapa parut, ambil putihnya sahaja
250 gm daging, direbus
5 sudu besar rempah kari
2 cawan kerisik
20 tangkai cili kering 10 biji bawang merah
6 batang serai
2 cm lengkuas
50 gm udang kering, direndam
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Kisar cili kering, bawang merah, serai dan lengkuas.

Ambil sedikit air rebusan daging dan bancuh bersama rempah kari dan kelapa parut. Kemudian gaul bersama daging.

Setelah digaul semuanya, masukkan ke dalam kuali. Masukkan udang kering, gula, garam, kerisik dan serbuk perasa. Jerang hingga kering.

Kacau selalu supaya tidak berkerak.