Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Serondeng Daging Sayuran

Ramuan / Bahan

1 kg daging, direbus
2 batang lobak merah, dipotong dadu
Sedikit bunga kubis
4 biji kentang, dipotong dadu
Sedikit kacang peas
10 tangkai cili hijau
10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih
2 biji tomato
½ cawan rempah beriani
5 sudu besar minyak
5 sudu besar sos tomato
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Kisar cili hijau, bawang merah, bawang putih dan tomato.

Kemudian gaul bersama rempah beriani.

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bercampur rempah beriani hingga garing dan wangi.

Masukkan daging, sos tomato, bunga kubis dan kentang. Kacau rata.

Ketika hendak angkat, taburkan kacang peas.