Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Wap Tempoyak

Ramuan / Bahan

1 cawan tempoyak
100gm ikan bilis
10 tangkai cili api ditumbuk @ diblend
1-2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dikoyak2
sedikit serbuk kunyit
garam, gula, dan perasa secukup rasa
daun pisang dilayur (sbg lapik)

Cara-cara

Gaulkan tempoyak dgn cili api (ikut suka), serai, daun kunyit, dan ikan bilis, masukkan garam/gula secukup rasa. masukkan sedikit serbuk kunyit untuk warna. Gaul sampai sebati. Jgn takut untuk merasa garam dan gulanya, sebab tempoyak boleh dimkn begitu saje.
Sediakan loyang dan lapik dgn daun pisang (takde pun takpe). Tuangkan adunan tempoyak dan kukus selama 5-10 min. Masakan ini melekit dan pekat.