Ramuan / Bahan
6 bungkus tempe (dipotong kiub)
10 biji cili hijau }
10 biji cili merah } dihiris nipis
15 biji cili padi }
4 biji bawang besar}
6 papan petai (di ambil isinya&dihiris)
300gm ikan bilis yang sudah di kopek
7 batang kacang panjang (dihiris nipis memanjang)
4 biji ubi kentang (dibelah 6)
3 biji tomato (dibelah 4)
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Air secukupnya
10 biji cili hijau }
10 biji cili merah } dihiris nipis
15 biji cili padi }
4 biji bawang besar}
6 papan petai (di ambil isinya&dihiris)
300gm ikan bilis yang sudah di kopek
7 batang kacang panjang (dihiris nipis memanjang)
4 biji ubi kentang (dibelah 6)
3 biji tomato (dibelah 4)
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara-cara
1. Semua bahan hendaklah di basuh terlebih dahulu sebelum di hiris/dipotong dsb.
2. Campur kesemua bahan didalam kuali, gaulkan dan masukkan air hingga menutupi bahan-bahan tersebut. Masakkan selama 1/2 jam. Kacau-kacaukan.
3. Bila nampak airnya surut, tambahkan lagi air sepenuh menutupi bahan dan kiub pati ikan bilis. Ini adalah untuk mengempukkan lagi bahan-bahan. Masakkan lagi sehingga bahan-bahan tersebut lembik dan lodoh.
4. Setelah satu jam dan kelihatan semua bahan seperti lodoh, air pun surut, taburkan sedikit garam ikut rasa.