Ramuan / Bahan
4 papan petai
50 sen ikan bilis
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit 6 biji cili merah
2 sudu besar tempoyak
Garam serta serbuk perasa secukupnya
Sedikit gula
50 sen ikan bilis
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit 6 biji cili merah
2 sudu besar tempoyak
Garam serta serbuk perasa secukupnya
Sedikit gula
Cara-cara
Petai dibersihkan serta dibuang kulitnya. Ikan bilis dibelah dua dan dibersihkan. Bawang besar dimayang bulat-bulat dan daun kunyit dicarik-carik halus-halus. Cili ditumbuk hingga lumat. Setelah itu panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan cili yang telah ditumbuk bersama bawang yang telah dimayang. Setelah naik baunya masukkan pula petai, ikan bilis dan tempoyak. Kacau sampai bergaul rata semuanya kemudian masukkan pula daun kunyit dan akhir sekali tambahkan garam, gula serta serbuk perasa secukupnya. Bila telah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.