Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Tumis Daging

Ramuan / Bahan

600 gm daging
3 cm lengkuas
2.5 cm belacan
20 biji cili kering
4 sudu besar santan
2 sudu besar minyak 4 sudu teh air asam jawa
4 labu bawang merah
1 batang serai
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk atau mesin cili keirng, serai, bawang merah, lengkuas dan belacan. Potong daging 2.5 cm persegi dan setebal 1 cm. Bersihkan dan tos. Rebus daging hingga empuk. Toskan. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan daging dan santan, air asam jawa, garam dan gula mengikut rasa. Kacau sehingga sebati. Apabila pekat angkat.