Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Tempoyak

Ramuan / Bahan

1 mangkuk tempoyak
Sedikit udang basah/ ikan bilis (direncah)
4 ulas bawang merah
6 biji cili api (ikut selera)
2 batang serai (dititik)
Kunyit sebesar ibu jari
Sehelai daun kunyit
Garam

Cara-cara

1. Bawang merah, cili api, kunyit ditumbuk

2. Tumiskan bahan di atas beserta udang/ikan bilis dan masukkan serai yg dititik

3. Masukkan tempoyak dan kacau hingga sebati

4. Setelah agak masak masukkan daun kunyit yg di hiris halus dan garam sebagai perasa.