Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Temboyak

Ramuan / Bahan

2 sudu tempoyak ]
5 mata petai
1 cawan pati santan
1 sudu ikan bilis (dibersihkan,direndam & ditoskan)
1 helai daun kunyit (dimayang) Bahan Tumbuk:
6 batang lada padi
2 batang lada merah
4 ulas bawang merah
½ sudu serbuk kunyit
½ sudu garam

Cara-cara

Gaulkan semua bahan dalam kuali & letakkan di atas api yang kecil. Kacau campuran itu hingga sebati. Didihkan perlahan-lahan hingga menjadi pekat. Sesuaikan rasanya & angkat dari api. Hidangkan sebagai sajian tambahan pada sebarang hidangan utama.