Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Tebing Morniah

Ramuan / Bahan

5/6 Ekor Udang Segar (Saiz sederhana)
1 inci Belacan
2/3 Biji Bawang Merah
Cili Padi (Ikut Citarasa Anda)


2 Biji Cili Besar (Merah)
Asam Jawa
Garam

Cara-cara

Bakar udang dalam kuali sehingga masak setelah masak kopek kulit udang seterusnya tumbuk isi udang bersama cili padi, cili besar dan bawang merah masukkan garam secukup rasa.
Setelah bahan-bahan tersebut lumat ditumbuk masukkan air asam jawa sedikit demi sedikit ini kerana bagi memastikan sambal tebing morniah anda akan berada dalam keadaan likat/pekat