Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Pauh Ikan Masin

Ramuan / Bahan

3 biji pauh/mempelam/mangga yang muda
10 tangkai lada kering yang disangai beberapa minit.
1 keping ikan masin/kering bahagian badan
digoreng terlebih dahulu (anggaran 2 inci lebar).

Cara-cara

Buah pauh/mempelam/magga muda dibuang kulit dan dicincang halus. Ketepikan.
Ikan masin yang telah digoreng dibuang tulang belulang dan blender dengan lada kering yang disangrai tadi sampai hancur (guna blender kering).
Setelah itu gaulkan dengan magga cincang tadi.