Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Nyior Ibuku

Ramuan / Bahan

1 piring kelapa parut
3 tangkai cili kering/hidup
1 ekor ikan kering/goreng
belacan
hirisan mangga muda/cuka/asam limau
garam

Cara-cara

tumubuk cili kering/cili hidup hingga separuh lumat, masukkan ikan kering atau isi ikan goreng, belacan, garam dan hirisan mangga muda. tumbuk hingga semua bahan separuh lumat. akhir sekali masukkan kelapa parut. tumbuk lagi hingga semua bahan sebati. jika anda tidak mahu menggunakan asam mangga boleh diganti dengan cuka atau perahan air limau nipis.