Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal mangga muda Sandakan

Ramuan / Bahan

Beberapa biji mangga muda
100 gm udang kering
belacan sebesar ibu jari
sebiji limau nipis sais sederhana
beberapa biji cili padi
Aji no moto secukup rasa
sedikit garam
beberapa ulas bawang merah

Cara-cara

Mangga muda dihiris halus atau kasar mengikut kesukaan masing-masing.
belacan dibakar, begitu juga bawang merah.
Selepas itu ditumbuk semua bahan-bahan kecuali mangga muda yang dihiris tadi.
Gaul semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi
dengan mangga muda.Perah limau ke dalamnya..