Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Kering Tempe

Ramuan / Bahan

Minyak untuk menggoreng dan menumis
5 bungkus tempe, dipotong kecil
5 keping tauhu, dipotong kecil
3 cawan santan, daripada sebiji kelapa
300 gm daging, direbus dan dipotong kecil
Gula dan garam secukupnya
4 helai daun salam Bahan-bahan digiling

2 camca kecil ketumbar
1 camca kecil jintan halus
30 tangkai cili kering
2 batang serai
2 cm lengkuas
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
2 cm kunyit basah
3 cm belacan

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng tempe hingga separuh garing. Angkat.

Masukkan tauhu. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bahan-bahan giling hingga wangi menggunakan baki minyak tadi.

Masukkan pati santan, daging, gula, garam dan daun salam. Kacau sebati.

Perlahankan api dan biar kuah kering sedikit baru masukkan tauhu dan tempe goreng. Kacau rata dan angkat.