Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal kacang

Ramuan / Bahan

500 gm kacang tanah (direndang,dibaung kulitnya arinya & ditumbuk)
3 sudu minyak makan
1 ulas bawang putih (dititik)
10 ulas bawang merah (digiling)

Bahan Tumbuk:
3-6 batang lada merah
1 sudu garam
1 sudu gula pasir
½ sudu belacan (dibakar) 2 cawan santan
Serbuk perasa secukup rasa
¼ cawan cuka
1 sudu bawang merah goreng-jika suka

Cara-cara

Pijarkan minyak atas api yang sederhana.Gorengkan bawang putih & bawang merah hingga kekuning-kekuningan,Kemudian masukkan bahan tumbuk.Goreng hingga keluar minyaknya. Masukkan kacang tanah & santan.Perasakan dengan serbuk perasa. Teruskan mengacau masakan itu hingga campuran pekat & sebati. Apabila minyak keluar, masukkan cuka. Biarkan hingga mendidih & angkat dari api. Hiaskan dengan bawang merah goreng.Hidangkan sebafgai hidangan pada satay & lontong.