Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Ikan Kering Mangga

Ramuan / Bahan

Ikan Kurau Masin (½ ekor dipotong dadu dan digoreng garing)
Cili Padi segenggam
Mangga Muda 3 Biji (di potong dadu)
Limau Nipis
Garam dan Gula secukup rasa
(Bunga Kantan - jika suka) Sebiji buah tembikai dipotong untuk dihidangkan

Cara-cara

Tumbuk ikan kurau masin dan cili padi sehingga hancur. Gaulkan dengan mangga muda sehingga sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Perahkan limau dan pastikan rasa pedas, masin dan masam seimbang.