Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Biskut Coklat Berempah

Ramuan / Bahan

1 ½ cawan mentega tanpa garam
1 ¾ cawan gula halus
2 biji telur dipukul sedikit
3 cawan tepung serba guna - diayak bersama 1 ½ cawan serbuk koko - diayak bersama
¼ camca teh garam
1/3 camca teh serbuk lada hitam
1 cawan teh serbuk kayu manis

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan bahan-bahan diayak bersama. Gaul sebati. Jika adunan terlalu lembik, tambah suku cawan tepung lagi. Gaul rata. Bungkus adunan dan simpan beberapa jam di dalam peti sejuk. Canai adunan dan bentukkannya mengikut suka. Bakar hingga kuning.