Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Goreng Jawa

Ramuan / Bahan

1 pkt tempe
2 biji kentang
200g ikan bilis
150g kacang tanah
2 susu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram 4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar air asam jawa
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
gula dan garam
sedikit minyak
sedikit belacan

Cara-cara

tempe dan kentang dihiris nipis dan digoreng.Ketepikan.
kacang tanah dan ikan bilis digoreng.Ketepikan.

Bawang putih dan bawang merah serta belacan ditumbuk lumat.
panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukkan cili kisar.
tambahkan gula, garam dan air asam jawa.
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masak hingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi, kacau rata dalam 2 minit dan matikan api (supaya bahan goreng kekal rangup)