Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Goreng Ikan Bilis, Kacang Dan Kentang

Ramuan / Bahan

100 gm ikan bilis
1 biji kentang besar
50 gm kacang tanah 3 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang merah

Cara-cara

Kupas kentang dan hiris nipis. Goreng kentang, ikan bilis dan kacang berasingan. Bawang merah ditumbuk hancur. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang tumbuk hingga garing. Masukkan cili kering dan biar hingga betul-betul masak. Setelah itu baru masukkan ikan bilis, kacang dan kentang. Perlahankan api dan biar sambal betul-betul garing barulah boleh diangkat.