Ramuan / Bahan
½ kg ikan bilis
2 biji bawang besar
½ kilo lada kering
5 ulas bawang putih
Gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng.
2 biji bawang besar
½ kilo lada kering
5 ulas bawang putih
Gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara
Tumbuk lada kering bersama bawang putih sehingga lumat. Ikan bilis dibersihkan tahinya dan dikopek dua.
Bawang dipotong bulat dan digoreng bersama ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan ikan bilis dan bawang yang telah digoreng tadi.
Tumiskan lada kering yang telah ditumbuk dengan menggunakan minyak yang agak banyak sehingga garing. Kemudian masukkan semula ikan bilis dan bawang tadi dan gaul sehingga kering dan sebati.
Campurkan gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa.