Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Goreng Ayam

Ramuan / Bahan

150 ml air
600 gm ayam
300 gm udang
300 gm bawang merah
40 gm asam jawa
5 cm belacan
2 biji kelapa parut (440 ml santan pekat) 20 biji cili kering
10 biji cili merah
8 ulas bawang putih
3 sudu makan gula
4 cawang mi minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ayam dan potong 1 cm persegi. Rebus hingga empuk. Buang kulit udang dan potong sebesar 1 cm. Hiris halus 250 gm bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili merah. Mayang 50 gm bawang merah untuk dibuat bawang goreng. Ramas belacan dengan asam jawa bersama 150 ml air. Goreng ayam hingga kuning dan ketepikan. Goreng udang hingga kuning dan ketepikan. Goreng bahan-bahan yang dihiris hingga kuning dan ketepikan. Panaskan satu sudu minyak bekas gorengan di dalam periuk. Tuangkan air perahan asam dan belacan. Masukkan santan dan gula. Biar hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan ayam, cili merah dan udang. Sebelum hidang taburkan bawang goreng.