Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Cili Padi Goreng Istimewa

Ramuan / Bahan

50gm Ikan Bilis - Digoreng garing
150gm cili padi kampung
2 biji Bawang besar
Sedikit Garam & serbuk Perasa
Minyak Masak - setengah cawan

Cara-cara

1.Goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian diangkat
2.Goreng cili padi beserta bawang besar tadi sehingga layu lalu diangkat
3.Tumbuk ikan bilis, bawang besar dan cili padi tadi seperti sambal belacan tetapi jgn terlalu lumat.. Biar kasar sedikit agar rasanya tak hilang.
4. Selepas ditumbuk, goreng balik semua bahan menggunakan minyak yang sama tadi dan campurkan sedikit garam dan serbuk perasa.
5. Goreng hingga garing lalu diangkat dan dihidangkan.