Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Belacan WanNo

Ramuan / Bahan

1) 5 tangkai lada merah
2) 5 tangkai lada api(ikut citarasa)
3) ½ biji kulit limau nipis
4) 2-3 cm belacan bakar
5) 2 sudu garam kasar
6) 2 sudu gula pasir (ikut citarasa)
7) 1 biji tomato merah
8) 1 biji jus limau nipis

Cara-cara

1)Potong kecil lada merah, lada api & kulit limau. Masukkan ke dalam lesung batu bersama belacan dan garam kasar. Tumbuk hingga lumat.

2) Masukkan gula, gesek dengan lesung hingga lumat. (gesek dilakukan untuk mengelak sambal terpercik keluar dari lesung)

3) Potong kecil buah tomato, masukkan ke dalam lesung. Gesek hingga sebati.

4) Akkhir sekali perah jus limau nipis & gaul rata.