Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sambal Belacan Special

Ramuan / Bahan

2 biji cabai hidup
6 biji cili padi
2 biji bawang merah
2 cm belacan
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. cabai hidup, cili padi dan bawang merah tersebut dibasuh hingga bersih.
2. kemudian gorengkan cabai hidup, cili padi, bawang merah dan belacan dengan minyak masak.jangan goreng sehingga kuning sangat.goreng dalam masa 2 minit saja.
3. apabila bahan tadi sudah digoreng,keluarkan dan toskannya.tunggu sehingga sejuk @ lebih baik bahan tadi suam-suam.
4. bila bahan tadi sudah suam-suam,boleh ditumbuk di dalam lesung batu @ lebih senang dimesin menggunakan blender.semasa hendak mesin @ tumbuk itu, masukkanlah garam secukup rasa.