Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Rojak Buah

Ramuan / Bahan

1 biji jambu batu, dibuang biji
½ biji nanas
3 biji belimbing
1 biji timun
1 biji sengkuang sederhana besar
3 biji mangga muda Bahan Kuah:-
1 cawan petis udang
3 camca besar kicap pekat
10 biji cili padi, ditumbuk
3 camca sedang gula
2 camca teh bijan
1 cawan kacang tanah, digoreng dan dikisar

Cara-cara

Hiris kasar semua buah-buahan dan sayut-sayuran. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaul rata semua bahan kuah. Tuang kuah ke dalam mangkuk tadi dan kacau rata. Hias dan hidangkan.