Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kuah Lontong Mak Minah

Ramuan / Bahan

Minyak masak
20 gm suhun
100 gm fucuk
3 keping tauhu (didadu)
200 gm tempe (dihiris nipis)
80 gm udang kering
1 liter santan
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (disimpul)
100 gm lobak merah (dihiris jejari)
100 gm kubis bunga (dihiris kasar)
Garam
Gula Bahan dikisar:

150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
80 gm kunyit hidup
50 gm cili kering (direndam dahulu)

Cara-cara

Goreng berasingan suhun, fucuk, tauhu dan tempe hingga garing. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau.

Masukkan udang kering dan kacau seketika. Bubuh santan, serai, daun kunyit, sayur-sayuran, bahan-bahan digoreng, garam dan gula.

Kacau hingga kuah pekat dan mendidih. Angkat. Hidangkan bersama ketupat nasi.