Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kuah Kacang Najwa (Sambal Kacang)

Ramuan / Bahan

200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
2 sudu makan gula merah
6 sudu makan gula putih
2 sudu teh garam
1 cawan air asam jawa
½ cawan santan pekat
2 cm kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
¼ cawan minyak masak Bahan-bahan kisar :-
(goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):

2 batang serai
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
6 biji buah keras
1 cm belacan
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar


Cara-cara

1. Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
2. Panaskan minyak,tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
3. Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, gula merah, gula putih dan garam.Biar mendidih seketika.
5. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.(lebih kurang 20-30 minit).
6. Siap untuk dihidang.