Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kuah Kacang

Ramuan / Bahan

1 kg kacang tanah
4 sudu besar cili kisar
3 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 batang serai (dititik)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga garing. Buangkan kulit arinya dan tumbuk sama ada halus atau kasar.

Kacang tersebut kemudiannya direbus sehingga empuk dengan secawan air.

Tumis bawang besar, bawang putih, bawang merah, cili yang telah dikisar sehingga naik baunya.

Masukkan kacang, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan biarkan ia mendidih.

Masukkan asam keping dan serai, tumis sehingga agak pekat.

Angkat dan hidangkan bersama ketupat nasi.