Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Dalca Asli

Ramuan / Bahan

600 gm daging
300 gm ubi kentang
150 gm kacang panjang
150 gm kacang parpu
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji pisang abu 2 biji terung bulat putih atau biru
1 biji kelapa
1 bingkus rempah kari daging
4 labu bawang merah
1 sudu besar minyak sapi atau marjerin
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging 2.5 cm x 2.5 cm dan rebus hingga empuk. Belah empat kentang dan terung. Potong serong-serong pisang abu. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm. Rebus kacang parpu hingga empuk dan ketepikan. Jerang santan bersama daging, rempah kari daging dan kacang parpu. Kacau selalu. Masukkan kentang, terung, pisang abu dan kacang panjang. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk. Masukkan garam. Masukkan garam. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji. Sementara itu panaskan minyak sapi atau marjerin dan tumi bawang merah yang telah dihiris. Apabila kuning dan wangi tuangkan bawang dan minyak ke dalam dalca yang sedang dimasak. Kacau seketika, padamkan api dan tutup periuk supaya bau tumisan terperangkap.