Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Air Asam Umbut Palas

Ramuan / Bahan

½ sudu besar asam jawa
½ cawan air
4 sudu besar kicap manis
6 ulas bawang merah (dimayang)
1 biji limau nipis (diperah airnya)
Garam dan gula secukupnya
2 batang umbut palas
2 ekor ikan kembung bakar
Nasi putih Bahan-bahan dikisar halus:
4 biji cili merah
7 - 8 biji cili padi
1 sudu sedang belacan

Cara-cara

Perah asam jawa bersama air, buang hampasnya. Gaul sebati air asam jawa, kicap, bawang merah, air lima dan bahan kisar. Masukkan garam dan gula mengikut rasa. Umbut palas dihiris halus dan digaul bersama bahan-bahan tadi. Hidang bersama ikan kembung bakar dan nasi putih.