Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Acar Udang Beradpokat

Ramuan / Bahan

300 gm udang sederhana, dicelur
250 gm isi ikan, didadu dan dicelur
1 biji adpokat, dihiris memanjang
½ biji timun, didadu
Sedikit daun salad
3 camca besar perahan limau (oren) - bahan sos Bahan sos :
1 camca besar cuka
1 camca teh sos ikan
1 camca besar minyak
2 camca teh hirisan daun sup (daun sahaja)
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Cara-cara

Satukan udang, ikan, adpokat dan timun. Ketepikan. Satukan bahan-bahan sos dan kacau hingga sebati. Tuang sos ke dalam mangkuk besar berisi campuran udang dan kacau hingga rata. Susun salad di dalam piring hidangan dan bubuh acar di tengah-tengahnya.