Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Acar Timun

Ramuan / Bahan

1 biji besar timun
1 biji lobak merah
5 batang kacang panjang
2 sudu garam
½ sudu serbuk kunyit
1 sudu biji sawi 2 sudu minyak makan
10-15 batang lada merah (dibelah dua memanjang)
20 ulas bawanng merah (duikupas kulitnya & dibiarkan seulas-seulas)
90 gm kacang tanah (digoreng & dibuang kulitnya)
1 sudu gula pasir
Garam secukup rasa
1 cawan cuka

Cara-cara

Gaulkan sayur-sayuran dengan campuran kunyit & ketepikan selama 10 minit. Panaskan kuali & rendang biji sawi.Apabila ia mula meletup, masukkan minyak & sayur-sayuran. Kacau hingga cukup hangat. Masukkan bahan-bahan selebihnya & biarkan mendidih dengan tidak kacau. Angkat dari api & biarkan sejuk. Apabila diperlukan,hangat & hidangkan dengan nasi putih & lauk kurma.