Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sandwic Sardin (persediaan sejuk)

Ramuan / Bahan

½ roti sandwic
1 tin sardin, 1 camca sosnya
½ biji bawang besar yang sederhana
½ sudu air limau nipis
¼ sudu garam Sedikit lada sulah
2 tin timun yang sederhana besarnya (dihiris nipis-nipis)
2 sudu mentega atau marjerin (diputar)
Daun persi atau dain pudina dengan cili kering untuk hiasan.

Cara-cara

Sediakan inti & sayur-sayuran. Bersihkan & & basuh semua sayur-sayuran. Cincang bawang besar & hiris timun. Perah air dari 1/2 biji limau nipis itu. Lecek atau hancurkan sardin dalam pinggan. Masukakan bawang bawang besar yang dicincang,garam,lada sulah,air limau & sos sardin. Sediakan roti. Potong roti sama tedal & sapukan mentega rata-rata. Sapukan intinya ditiap-tiap keping roti yang lain & tambah sayur-sayuran Telangkaup roti,tekan supaya padat & potong kulit rpti itu. Potonglah mengikut bentuk yang dikehendaki,hiasakan dengan daun parsi atau daun pudina & hidangkan dalam pinggan bujur yang bersih.