Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Roti Telur Katup

Ramuan / Bahan

empat keping roti sandwich
dua biji telur
sos cili
mayonis
bawang besar dihiris nipis
salad
tomato
minyak untuk menggoreng telur

Cara-cara

1. panaskan minyak dan goreng telur sebiji demi sebiji
2. sapu roti dengan mayonis kemudian ditindih dengan sos cili.(bergantung pada citarasa)
3. susun bawang besar,salad,tomato dan telur bagi dua keping roti.
4. kapit@tindih roti tersebut dengan bahan-bahan tadi berada di tengah roti.
5. ulang langkah tadi untuk roti yang seterusnya.
6. sedia untuk dihidangkan.