Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Roti Perata

Ramuan / Bahan

600 g tepung gandum
150 g minyak sapi 2 cawan air sejuk
Sedikit garam

Cara-cara

Uli tepung dengan air garam dan minyak sapi hingga sebati. Jadikan adunan kepada 4 ketul dan bulat-bulatkan. Biar selama 20 minit. Ambil 1 ketul dan canai hingga nipis, tuang sedikit minyak kemudian tarik perlahan-lahan tepi tepung itu. Angkat dan rapatkan. Kemudian buatkan satu lingkaran bulat. Buat keempat-empat adunan tadi. Canai dan goreng diatas kuali leper. Balik-balikkan hingga masak.