Ramuan / Bahan
250 ml susu cair
20 gm yis
1 biji telur 1 sudu kecil garam
Marjerin beku secukupnya untuk melapisi doh
Kuning telur (unutk pelekat)
Cara-cara
Gaulkan semua bahan di atas kecuali marjerin dan uli hingga sebati dan lembut. Masukkan doh ke dalam peti sejuk dan biarkan selama sejam. Canaikan doh ke dalam peti sejuk dan biarkan selama sejam. Canaikan doh setebal 1 sm. Taburkan tepung rata-rata di atasnya. Kemudian hiris marjerin nipis-nipis dan aturkan rata-rata di atas doh yang dicanai tadi. Lipatkan doh sekali dan ratakan bahagian tepinya. Setelah itu, canai doh menjadi lebih nipis. Kemudian lipatkan kepada tiga lapisan. Simpan adunan ke dalam peti sejuk semula dan biarkan selama 30 minit. Ulangi percanaian dan lipat dua kali lagi. Kemudian simpan semula di dalam peti sejuk untuk mengelak marjerin menjadi cair. Canai doh supaya menjadi bentuk empat segi bujur. Kemudian potong doh kepada bentuk tiga segi berukuran 3 inci lebar dan 5 inci panjang. Setelah itu, gulung doh dari bahagian lebar ke hujung segi tiga. Bentukkan seperti tanduk dan sapukan dengan kuning telur. Susun di atas dulang pembakar. Biarkan selama 20 minit sebelum dibakar.