Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Puding Roti Dengan Epal & Kismis

Ramuan / Bahan

Bahan A:

1 tin susu cair
2 biji telur
½ cawan gula halus
½ cawan jus epal (jika tiada, gantikan dgn air masak)
1 sudu teh perisa vanilla
secubit garam Bahan B:

6 - 8 keping roti putih (dipotong dadu)
1 biji epal (dipotong dadu)
½ cawan kismis

Cara-cara

1. Sediakan loyong. Masukkan roti yang didadu ke dlm loyang lalu ratakan. Taburkan sekata epal dan kismis di atas roti. Ketepikan.

2. Di dalam mangkuk besar, satukan telur dan susu. Pukul sedikit hingga kembang. Seterusnya, masukkan kesemua baki bahan A dan kacau hingga sekata.

3. Tuang campuran bahan A ke dlm loyang yang telah ditaburi campuran bahan B. Pastikan campuran dituang rata. Biarkan seketika selama 10 - 15 minit.

4. Bakar atau kukus selama 40 - 45 minit atau sehingga epal lembut.