Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Puding Menara Kasih

Ramuan / Bahan

25 gm agar-agar serbuk
100 gm gula
600 ml air
50 ml susu pekat manis 3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil minyak kopi
Sedikit pewarna biru
Acuan dua lapisan berbentuk v

Cara-cara

Satukan air, gula, susu dan agar-agar serbuk. Jerang di atas api yang sederhana dan kacau sehingga ia larut.

Bancuh tepung kastard dengan sedikit air sehingga larut kemudian tuangkan ke dalam adunan agar-agar. Kacau dan biarkan ia mendidih, kemudian bolehlah dipadamkan api.

Ketepikan setengah cawan adunan untuk lapisan atas, 1 1/2 cawan lagi dicampur dengan minyak kopi dan selebihnya dimasukkan pewarna biru dan dikacau sehingga rata.

Aduanan minyak kopi dituangkan ke dalam acuan v besar dan juga ke dalam acuan agar-agar berbentuk bulat kemudian dinginkan dalam peti sejuk.

Bila beku, keluarkan puding minyak kopi daripada acuannya dan letakkan semula ke atas puding biru, kemudian baru dituangkan adunan agar-agar yang diasingkan sebanyak setengah cawan tadi ke atasnya dan biarkan sehingga ia beku sepenuhnya.

Untuk menghiasnya, keluarkan puding daripada acuan bulat dan letakkan ke dalam pinggan penghidang.

Keluarkan juga puding biru atau hitam daripada acuan v dan potong setebal 1 cm sebelum disusun di sekeliling agar-agar bulat tadi. Jika suka, paipkan krim putar segera di sekeliling puding.