Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Puding Limau

Ramuan / Bahan

1 cawan serbuk roti
113 gm mentega
85 gm tepung
1 camca teh serbuk penaik
85 gm gula halus
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar parutan kulit limau
3 biji telur

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

Masukkan telur. Kacau rata, masukkan tepung, serbuk roti dan serbuk penaik. Kacau lagi.

Masukkan susu dan kulit limau. Kacau sebati. Tuang ke dalam acuan dan kukus hingga masak.