Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Puding Labu

Ramuan / Bahan

300 gm labu manis (dipotong dadu)
2 cawan air
¼ cawan gula ½ cawan santan
2 sudu besar tepung kastard

Cara-cara

Masukkan labu manis dan air ke dalam kaserol dan masak HIGH selama 10 minit. Keluarkan dan hancurkan labu. Bancuh tepung kastard dengan 1/2 cawan air. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan tadi menjadi satu di dalam kaserol dan masak HIGH selama 10 minit. Perlu dikacau beberapa kali hingga pekat. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas kecil menjadi 4 bekas, hidangkan semasa sejuk.