Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Puding Kukus Best

Ramuan / Bahan

Roti - 8 Keping
Gula – 7 sudu besar
Susu Cair - 1 Tin
Tepung Custard – 8 sudu besar Esen Vanilla - 2 Susu Teh
Telur - 4 Biji
Satu mangkuk air suam

Cara-cara

1. Roti dicelup dengan air suam kemudian susun di dalam loyang.
2. Masukkan tepung custard, susu cair, esen vanilla, gula & telur. Putar hingga kembang.
3. Kemudian tuang adunan ini kedalam loyang yang telah disusun dengan roti.
4. Tekan-tekan adunan tadi agar ia sebati bersama roti.
5. Kukus adunan selama 15 minit.
6. Sejukkan.Dan sedia untuk dihidang.