Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Puding Jagung Berkrim

Ramuan / Bahan

2 biji telur
70 gm gula pasir
50 gm cawan tepung gandum
50 gm cawan tepung kastard
500 ml susu segar
½ tin krim jagung
10 gm serbuk agar-agar 200 gm gula pasir
500 ml air
500 ml susu segar
1 sudu teh esen ros
Sedikit pewarna
4 biji putih telur (dipukul hingga gebu)

Cara-cara

Pukul telur bersama gula hingga sebati. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard. Kacau rata. Masukkan susu segar dan krim jagung. Kacau sebati. Tuang adunan ke dalam bekas dan kukus 15 - 20 minit atau hingga masak. Untuk Bahan B pula, masak agar-agar bersama gulu dan air hingga mendidih. Masukkan susu segar, esen ros dan pewarna. Kacau rata. Masukkan adunan ke dalam putih telur. Kacau sebati. Kemudian tuang adunan berputih telur yang masih panas ke atas Bahan A yang dikukus tadi. Sejukkan sebelum dihidangkan.