Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Agar

Ramuan / Bahan

1 peket agar-agar
12 sudu besar gula
½ tin susu sejat
15 sudu besar milo (atau koko)
10 ketul biskut oreo (ditumbuk jangan sampai hancur)
Air

Cara-cara

1. Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
2. Masukkan gula dan susu kacau hingga mendidih.
3. Masukkan pula milo atau koko dan kacau hingga sebati.
4. Tuangkan separuh dari bancuhan ini ke dalam loyang. Biar seketika. (dalam 5 minit)
5. Taburkan biskut oreo diatasnya.
6. Panaskan kembali baki bancuhan tadi, dan tuangkan ke atas biskut oreo.
7. Sekarang agar-agar anda mempunyai 3 lapisan (agar-agar, oreo & agar-agar)
8. Biarkan sejuk seketika sebelum ditempatkan di dalam peti sejuk.

SELAMAT MENIKMATI HIDANGAN ANDA!