Ramuan / Bahan
7 g agar-agar (direndam dan ditoskan)
5 cawan air mendidih
1 cawan gula pasir
1 cawan susu sejat 1 camca teh esen vanilla
2 camca sederhana serbuk koko
½ cawan air panas
4 butir putih telur (dipukul hingga kental)
5 cawan air mendidih
1 cawan gula pasir
1 cawan susu sejat 1 camca teh esen vanilla
2 camca sederhana serbuk koko
½ cawan air panas
4 butir putih telur (dipukul hingga kental)
Cara-cara
Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih. Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu. Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya. Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata. Angkat periuk dari api. Tapiskan campuran itu dengan kain kasa. Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata. Masukkan pula putih telur, kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan. Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk bersama sos kastad.